Rabu, 19 Disember 2012

tak kenal maka tak cinta kan~

aku dilahirkan oleh sepasang suami isteri yang bernikah atas kemahuan keluarga. ayahku seorang tentera laut diraja malaysia yang kini bergelar pesara. kini, sudah hampir 19 tahun kami adik beradik hidup tanpa gelaran seorang ayah disisi. ibulah yang bersusah payah membesarkan kami. aku sudah pon berumur 21 tahun. aku anak ke 4 dari 6 orang  adik beradik. aku bahagia dan bersyukur dengan ketentuan nya. aku pasrah. walaupun kami tidak sempurna tp sekurang2 nya ibu telah menyempurnakan segalanya. aku berbangga dengan tanggungjawab ibu mendidik kami seorang diri. ibu tabah menghadapi segalanya seorang. dengan ketabahan ibulah, aku kini mampu berdiri atas kaki sendiri. aku kesunyian. aku perlukan seseorang. aku juga seorang hawa yang lemah. aku berdoa agar Allah anugerahkan kepada aku seseorang yang mampu mewarnai hari2 yang mendatang. itu impian yang mungkin tercapai dengan izinNya. Insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan